perkenalan bermula dari telefon..aku menggelarkan dirinya pakcik bukan nama sebenar..dia seorang yang ceria,kemas,suka akan kereta dan selamber..dia juga seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi..sikapnya yang bersahaja dan periang membuatkan aku terpegun dengan pakcik..aku memanggilnya pakcik kerana dia agak matang dari aku..hehe..dalam perkenalan yang begitu singkat aku senang dengan perangainya itu..aku suka bercerita..aku suka meluahkan isi hatiku kepadanya..dalam tanda perkenalan itu aku memberinya sehelai kemeja yang aku beli semasa bercuti bersama keluarga..didalam aku mencari-cari dan ingin mengenali pakcik dengan lebih dekat, aku mendapati pakcik adalah tunangan orang..mulai saat itu aku sudah tidak berhubung dengan begitu rapat..walaupun aku tahu hati aku menyukai pakcik perasaan terpaksa aku pendam dan padamkannya..tetapi aku tidak boleh menipu diriku sendiri bahawa aku mencintaimu..apabila aku berjumpa dengannya jantung aku berdegup-degup kencang..aku mengaku aku selalu menganggu dengan menghantar SMS kepadanya dalam bentuk gurauan dan aku sering bertanya khabar dan ambil berat tentangnya melalui telefon..aku tahu pakcik rimas dengan perangai ku yang suka menganggunya tapi aku tak bermaksud apa-apa cuma hanya sekadar gurauan..maafkan aku pakcik..aku mendiamkan diri dalam beberapa bulan..
dalam masa itu aku telah dikenalkan oleh kawanku dengan sepupunya untuk berkenalan..perkenalan yang begitu singkat membuatkan aku rimas dan tertekan kerana ahli keluarganya membuat keputusan untuk kami diijabkabulkan..walaupun perkenalan kami hanya dua minggu..aku mengaku bahawa aku tiada perasaan langsung terhadapnya..
sebulan kemudian aku telah menghantar SMS dan bertanya khabar kepada pakcik..layanannya ^ok^ terhadap aku..dari saat itu kami sering mengSMS..tapi aku tahu kami hanya kawan biasa tidak lebih dari itu..cuma aku sahaja yang menepuk sebelah tangan..hahaha..
pada 2.06.09 aku dapat tahu daripada adikku bahawa pakcik sudah putus tunang bersama tunangnya..betul atau tidak aku tak pasti kerana aku tiada bukti yang kukuh..kadang-kadang aku rasakan hidupku serba salah..
kalau korang nak tahu hati aku cuma untuk pakcik seorang sahaja..aku tahu perbuatan aku salah dengan membuat keputusan yang terburu-buru dengan mengahwini lelaki yang aku tidak cintai..maafkan aku sekali lagi pakcik jika aku bersalah denganmu selama kita berkawan..sesungguhnya aku benar-benar suka dan mencintaimu..
hari yang dinantikan hampir tiba..aku menelefon pakcik dan menjemputnya untuk hadir ke majlis aku..dan memakai kemeja pemberianku dulu..malangnya pakcik tidak hadir dalam majlis tersebut..aku berasa terkilan kerana tidak dapat jumpa pakcik buat kali terakhir..
samapai hari ini aku tak tahu adakah betul atau tidak keputusan yang aku telah buat walaupun aku sudah bergelar isteri orang..
lagu ini khas untuk aku dengan pakcik..
dengarkanlah..
p/s : aku tidak boleh menipu isi hati, perasaan aku sendiri..
mungkin ada sambungannya..
saksikannya..
No comments:
Post a Comment