Tuesday, November 15, 2011

Selamat datang kembali


Salam .

Hampir dua tahun zana tidak aktif dalam blogger. Rindu rasanya nak update setiap hari posting tentang diri Zana disini. Pelbagai cabaran Zana lalui dalam masa 2 tahun ini. Lagipun hampir 2 tahun lebih Zana dgn Alang berumah tangga. Alhamdulillah setakat ini kami alhamdulillah bahagia. Kami juga dianugerahkan seorang cahaya mata iaitu, Muhammad Hafidh Mirza. Alhamdulillah Allah nak berikan rezeki kepada kami. Sejak ada anak ni, kehidupan Zana dan suami penuh dgn rezeki. Bak kata org, kalau ada anak rezeki dtg tu tak kira dimana kan. Begitu la diibaratkan dgn situasi Zana. Umur Mirza pun sudah 1 tahun 4 bulan. Sekarang Zana duduk dirumah sewa tetapi satu taan dgn rumah ummi. Zana tidak bekerja lagi selepas berkahwin. Bagi Zana, nak rehat la dulu. Nk bagi anak besar sikit baru nak sambung fikir tentang kerja. Sekrang pun cukup suami menanggung Zana dan anak. Anak Zana mmg rapat dgn abah Zana iaitu atuknya la. Kalau tidak jumpa sehari tidak boleh tidur dia dibuatnya. Hari-hari Zana pergi ke rumah ummi kalau tidak sibuk dgn kerja rumah. Mmg anak ni rapat juga la dgn keluarga sebelah Zana. Keluarg sebelah suami tidak dilupakan, setiap minggu balik ke rumah pak/mak mertua. Kira adil la anak kami dapat kasih sayang daripada pah dan atuknya. Syukur alhamdulillah.

Sekarang Zana semakin berisi. Hehe. Biasa la org cakap kalau dah kahwin badan kalau tak jaga mmg la akan naik mendadak. Bahagia la ni dak? Ok la setakat ini. Anak Zana pun rpt dengan che nyah dan che chu (adik-adik Zana). Yg selalu tidurkan, mandi ialah che nyah nya. Tp, kalau yg suka melayan main, bawa jalan ialah che chu nya. Kadang-kadang kalau tak datang ke rumah atuk/pah Mirza akan tunggu che chu nya dtg selepas maghrib. Selalunya che chu akan dtg selepas maghrib. Kalau Mirza tak jumpa tok sehari mula la mengamuk tidak mahu tidur. Macam-macam la ragam budak kecil. Sekarang pun Mirza semakin besar, Alhamdulillah.

Mungkin setakat ini sahaja yg boleh Zana share. Nanti, InsyaAllah Zana akan share pelbagai dan mula aktif kembali dalam blog. Gambar Zana dan anak disebalah kanan atas tu ye. Sekian,

Wassalam.