Saturday, January 24, 2009

bunga telur

assalamualaikum semua..
sekarang ini yang xmencukupi lagi adalah bunga telur..saya tidak tahu nak membeli bunga telur shape yang mana kerana banyak sangat shape yang cantik-cantik..tapi saya akan berusaha sedaya upaya untuk mencari yang terbaik..modal untuk membeli bunga telur biarlah murah, tetapi cantik dan berkualiti..saya suka membeli harga yang berpatutan dan berkualiti hasilnya..bak kata orang jangan membazir..saya pon buntu unrtuk memilih yang mana satu..tetapi saya akan berjajnji kepada semua, apabila sudah saya temui pilihan bunga telur yang cantik saya akan menguploadkan photo tersebut didalam blog ini..ok kalian semua..saya ada temu janji bersama bapa saudara untuk membeli bunga telur..apa-apa berita akan saya laporakn didalam blog ini..

sekian terima kasih,

Tuesday, January 13, 2009

serba sedikit hantaran perkahwinan







hi jumpa lagi kita bersama..maklum la,nak dekat menjelang hari perkahwinan..busy sikit..nie pun ada masa sekejap saja..itupun nak memberitahu tentang saya kepada anda..sini saya akan menyelitkan serba sedikit gambar-gambar barangan hantaran saya..tapi tidak sempurna lagi..nie la antara sample-sample nya..

sekian terima kasih,

Saturday, January 3, 2009

saat yang dinantikan akan tiba tidak lama lagi

assalamualaikum semua..
sekarang saya ingin ceritakan tentang ^persediaan^untuk ^perkahwinan^ saya..kami merancang untuk berlangsungkan majlis tersebut pada ^bulan jun 2009^..ibubapa pihak lelaki sudah bersetuju dengan rancangan kami ini..buat masa sekarang,saya agak sibuk dengan persiapan membeli barangan hantaran..warna tema yang akan dipilih mungkin gold dan krim..itu kehendak bapa sedara saya punya idea kerana dia akan membuat pelamin dan set bilik tidur pengantin..dia bukan mak andam tetapi kreatif bahagian seni..dia tidak menerima mana-mana tempahan,cuma sahaj mahu menolong antara keluarga sahaja..dulu sepupu saya kahwin,dia yang menggubah bilik tidur tersebut..nanti apabila semuanya sudah selesai,saya akan menguploadkan photo ke dalam blog ini..
doakanlah kami murah rezeki dan moga-moga panjang umur..

sekian terima kasih,

saya suka bershopping

hello semua..
nama saya zanahawanie..hidup saya tidak pernah lekang dengan budaya ^bershopping^..kadang kala saya bershopping sehinggakan membeli barangan yang tidak berfaedah..sesetengah golongan berkata budaya bershopping adalah membazir..tetapi,saya bershopping tahap sekadar membeli belah barangan keperluan sahaja..sesetengah golongan juga berpendapat bahawa bershopping adalah riadah..tetapi sebaliknya adalah membazir semata-mata..
sesetengah pihak berperangai ^mengikut orang^..apa yang orang beli dia beli juga,jika duit ada tak apa lah kalau hendak membeli..ini tidak,duit tak ada tetapi mahu beli..rela meminjam wang untuk mengikut orang..kalau kita tiada wang untuk membeli apa jua,tunggulah masa yang sesuai untuk membeli barangan tersebut..orang yang sabar akan di kasihi oleh ^Allah^..perbuatan yang meminjam sana sini agak tidak patut digalakkan..apabila kita mengamal amalan tersebut,sampai bila-bila kita membuat perbuatan tersebut..
sesetengah pihak dalam setahun sekali sahaja bershopping..ada juga setiap bulan..semua pendapat itu boleh kita lakukan apabila kita mempunyai wang yang banyak..
aksi riadah bershopping memang membuatkan diri kita gembira kerana keseronokkan berada di pusat membeli belah..sekarang terlalu banyak pusat membeli belah..dimana-mana sahaja kita akan menjumpainya..
barangan yang saya suka beli apabila bershopping adalah kasut,handbag,baju kurung,baju kebaya,seluar track,jam,gelang,swether,minyak wangi dan alatan solek..barangan tersebut banyak menggunakan wang,malah benda yang kita beli sedikit sahaja..harga-harganya amat-amat tinggi..
jadi kesimpulan bershopping adalah jangan membazir dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah..jiimat cermat amalan mulia..

sekian terima kasih

tentang menjaga hak gadis-gadis..

saya seorang perempuan yang dilamun cinta..tentu gadis-gadis diluar sana sebegini juga..tidak ada gadis normal yang tidak dilamun cinta ataupun tidak pernah menyukai seseorang lelaki..tapi kalau ada,saya tidak tahu la..buat masa sekarang,kalau jumpa sahaja gadis di kompleks membeli belah,mesti menjumpai pasangan serasi..sekarang ramai gadis yang bawah umur pun tahu bab ^bercinta^..kadang-kadang kanak-kanak berumur 9tahun sudah pandai bercinta antara satu sama lain..biasalah..dunia dah mewah..anak-anak kecik bercecah usia 9tahun pun sudah memakai telefon bimbit..saya tidak nafikan tentang hal ini..ada sesetengahnya sahaja..saya tidak berkata kesemuanya..ada yang terbabit sahaja..semua gadis akan cair dengan perkataan CINTA..itu adalah perkataan yang paling sensitif bagi gadis-gadis..percintaan bermula apabila kita mengenali antara satu sama lain..tetapi,jika ada yang tidak ada jodoh,kita tidak boleh berkata apa-apa tentang perkara sedemikian kerana bukan kita menentukan segala-galanya..yang menentunya adalah ^Allah^..manusia cuma merancang dan ^Allah^ akan menentukan segala-galanya dengan baik..jika tidak baik,itu adalah disebabkan ^Allah^ mahu menguji tahap kesabaran kita..
ramai gadis-gadis akan kecewa,putus asa dan sebagainya apabila putus pertalian sebagai kekasih..dan yang lebih teruknya apabila ada sedemikian akan membunuh dirinya sendiri kerana benda kecil iaitu putus percintaan..itu yang agak tidak baik la bila kita fikirkan..
jangan lah anda membuat perkara sedemikian..tidak elok diamalkan..dan kita akan berdosa..
kepada pelajar sekolah yang masih muda,janganlah anda bercinta seawal usia muda kerana akan menjejaskan tahap pemikiran untuk belajar..bila anda bercinta ketika sekolah,itu adalah salah satunya menganggu fikiran anda..
sekarang juga banyak berita-berita di television dan surat khabar tentang gadis seawal usia muda telah mengandung..macam mana sekarang boleh berlaku sedemikian..itu maknayan anda tidak reti menjaga dir dan ^DARA^ apabila keluar..kepada semua,anda nak ke jadi macam sesiapa yang mengandung bawah umur ataupun mencukupi umur,jika anda mengandung,siapakah ayah kepada kanak-kanak tersebut..anda tidak berasa malu apabila pelajar bawah umur mengandung..itu berita yang amat mengecewakan terhadap kanak-kanak dan gadis-gadis..
ini pesanan terakhir kepada semua gadis-gadis..janganlah anda membuat perkara yang tertutup..walaupun orang lain todak nampak,tetapi itu adalah berdosa dan ^Allah^ nampak..kita semua tak nampak ^Allah^ tetapi ^Allah^ melihat apa sahaja yang kita lakukan..itu dianggap berzina..ini adalah perkara yang paling berat sekali kepada kaum wanita..
perkara ini juga boleh dikatakan kita tidak sengaja membuatnya,tetapi macam mana anda boleh pergi bersiar-siar bersama teman lelaki anda..dan kepada gadis-gadis,jaga lah dirimu sebaik-baiknya..dan janganlah sesekali anda telah mencemarkan maruah diri dan keluarga..jika anda melakuakan perkara tersebut,anda juga tidak mempunyai ^DARA^..dara itu penting kepada gadis-gadis..jika gadis-gadis yang yang tidak menjaga daranya..maka dirinya akan dipulau oleh masyarakat..


sekian terima kasih,