Saturday, July 11, 2009

kisah aku dengan si dia

perkenalan bermula dari telefon..aku menggelarkan dirinya pakcik bukan nama sebenar..dia seorang yang ceria,kemas,suka akan kereta dan selamber..dia juga seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi..sikapnya yang bersahaja dan periang membuatkan aku terpegun dengan pakcik..aku memanggilnya pakcik kerana dia agak matang dari aku..hehe..dalam perkenalan yang begitu singkat aku senang dengan perangainya itu..aku suka bercerita..aku suka meluahkan isi hatiku kepadanya..dalam tanda perkenalan itu aku memberinya sehelai kemeja yang aku beli semasa bercuti bersama keluarga..didalam aku mencari-cari dan ingin mengenali pakcik dengan lebih dekat, aku mendapati pakcik adalah tunangan orang..mulai saat itu aku sudah tidak berhubung dengan begitu rapat..walaupun aku tahu hati aku menyukai pakcik perasaan terpaksa aku pendam dan padamkannya..tetapi aku tidak boleh menipu diriku sendiri bahawa aku mencintaimu..apabila aku berjumpa dengannya jantung aku berdegup-degup kencang..aku mengaku aku selalu menganggu dengan menghantar SMS kepadanya dalam bentuk gurauan dan aku sering bertanya khabar dan ambil berat tentangnya melalui telefon..aku tahu pakcik rimas dengan perangai ku yang suka menganggunya tapi aku tak bermaksud apa-apa cuma hanya sekadar gurauan..maafkan aku pakcik..aku mendiamkan diri dalam beberapa bulan..

dalam masa itu aku telah dikenalkan oleh kawanku dengan sepupunya untuk berkenalan..perkenalan yang begitu singkat membuatkan aku rimas dan tertekan kerana ahli keluarganya membuat keputusan untuk kami diijabkabulkan..walaupun perkenalan kami hanya dua minggu..aku mengaku bahawa aku tiada perasaan langsung terhadapnya..

sebulan kemudian aku telah menghantar SMS dan bertanya khabar kepada pakcik..layanannya ^ok^ terhadap aku..dari saat itu kami sering mengSMS..tapi aku tahu kami hanya kawan biasa tidak lebih dari itu..cuma aku sahaja yang menepuk sebelah tangan..hahaha..

pada 2.06.09 aku dapat tahu daripada adikku bahawa pakcik sudah putus tunang bersama tunangnya..betul atau tidak aku tak pasti kerana aku tiada bukti yang kukuh..kadang-kadang aku rasakan hidupku serba salah..
kalau korang nak tahu hati aku cuma untuk pakcik seorang sahaja..aku tahu perbuatan aku salah dengan membuat keputusan yang terburu-buru dengan mengahwini lelaki yang aku tidak cintai..maafkan aku sekali lagi pakcik jika aku bersalah denganmu selama kita berkawan..sesungguhnya aku benar-benar suka dan mencintaimu..

hari yang dinantikan hampir tiba..aku menelefon pakcik dan menjemputnya untuk hadir ke majlis aku..dan memakai kemeja pemberianku dulu..malangnya pakcik tidak hadir dalam majlis tersebut..aku berasa terkilan kerana tidak dapat jumpa pakcik buat kali terakhir..

samapai hari ini aku tak tahu adakah betul atau tidak keputusan yang aku telah buat walaupun aku sudah bergelar isteri orang..

lagu ini khas untuk aku dengan pakcik..
dengarkanlah..



p/s : aku tidak boleh menipu isi hati, perasaan aku sendiri..

mungkin ada sambungannya..
saksikannya..

Wednesday, June 10, 2009

Sunday, May 24, 2009

3.6.09 & 6.6.09

Assalamualaikum sume..kat post nie saya nak posting pasal tarikh yang dinyatakan diatas..pasal tarikh kat ats tu?anda nak tahu?ok la..saya bagitahu pasal tu..berkenaan tarikh tu ialah majlis perkahwinan saya pada 6.6.09..dan hari akad nikah saya pada 3.6.09..tidak lama lagi saya akan menjadi hak milik kekal orang..hehehe..lagi 1 minggu cuti sekolah je lagi..perasaan gugup telah melanda kat diri saya sehari demi sehari..hehe..semua orang akan takut ketibaan itu yer..hahaha..ok la..setakat nie la saya posting dulu.insyaAllah lepas kahwin saya akan,posting n upload picture keh..bye..

sekian terima kasih..

Friday, April 17, 2009

salam sejahtera..

assalamulaikum dan salam sejahtera..
huh??sekarang dah masuk bulan 4??macam tak percaya je..rsa-rasa baru semalam bulan 3..heee..sekarang masa dah berjalan dengan pantas dan cepat..masa pun dah tak sedar dah...huhu..tapi hari ini saya boleh berkongsi pengalaman saya bersama anda..tajuk hari ini saya nak berkongsi bersama anda ialah ^perasaan takut^..saya mengalami perasaan seperti ini baru lagi..maklum lar..saya kahwin bulan enam..sekarang dah bulan 4..ikutkannya lagi 1 1/2 bulan jer..rasa macam dah dekat je..risau pun ada..tapi saya tak takut kerana semua persediaan dah dibuat dengan rapi dan teratur..so, setakat sini lar saya boleh cerita pasal perasaan ni..lagipun dah maghrib..huhu..

sekian terima kasih,

Sunday, March 29, 2009

lama tak in blog and borak tentang saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..hari ini saya ingin luahkan sikit perkara dengan korang semua..dah hampir ^1bulan^ rasanya saya tidak in blog ini..bukan blog saja..tetapi ^myspace, yahoo messenger^ dan banyak lagi berdekatan email..saya rasa malas nak in kerana tiada masa untuk saya in email-email ini..masa saya terluang hanya sekejap saja..itupun cukup-cukup untuk berehatkan diri saja..tetapi ALHAMDULILLAH hari ini ALLAH memberi saya peluang untuk in semua email-email saya..disini juga saya ingin memperkatakan kehidupan saya sepanjang tahun ini..

pagi-pagi saya bangun awal..solat subuh..dan pergi ke kerja..memulakan kerja saya iaitu **********..korang fikir la sendiri apa kerja saya..balik dah lewat..berehat sekejap..solat asar..selepas tu berhehat lagi dah maghrib..solat maghrib..tunggu isyak plak..dah lepas solat isyak mata dah mengantuk letih katakan..so disebabkan itulah saya jarang buka email..ini disebabkan hari minggu bolehllah in sekejap..lagipun selepas ini saya dan family nak balik ke kampung..so..tula pasalbya tak boleh in lama-lama..tapi in sekejap pun saya dah bagi point kat korang kenapa saya dah lama tak in page ni..

saya rasa sampai disini saja la ucapan saya..moga-moga kita jumpa lagi dilain hari waktu dan masa serta saat..hehe..sekian ucapan saya..

sekian terima kasih

Sunday, March 1, 2009

my birthday (27.02.1982)

busy

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kalian semua..hari ini saya ingin kongsi cerita bersama korang tentang persiapan ^perkahwinan^ saya..
Sekarang, yang sudah hampir siap adalah ^kad jemputan^..semuanya kad tersebut diurus dengan rapi dan teliti..saya akan menyiapkan serba sedikit tentang persiapan tersebut..persiapan tersebut tidaklah semahal-mahal dan semewah-mewah..cuma ^sederhana^..jangkaan pertama adalah sederhana..apabila jangkaan kedua..kami rasa seperti persiapan yang amat mewah terhadap persiapan tersebut..tapi kami haru selidik dengan teliti tentang perkara tersebut..sebahagian daripada majlis perkahwinan tersebut adalah ^sponser^..ramai pihak ingin sponser kepada saya serba sedikit..maklum la..saya anak pertama kepada bapa saya yang membuat majlis perkahwinan..lagipun saya anka sulung dalam tiga adik-beradik..harap-harap adik-adik saya akan ^support^ majlis tersebut..

sekian terima kasih,

Sunday, February 22, 2009

bercuti ke Cameron Highlands


bersama anak buah..lieyana..

bersama anak buah..alicia n lieyana..

ketika di cactus point..

ketika di cactus point..

ketika di strawberi farm..

sekian terima kasih,

Saturday, January 24, 2009

bunga telur

assalamualaikum semua..
sekarang ini yang xmencukupi lagi adalah bunga telur..saya tidak tahu nak membeli bunga telur shape yang mana kerana banyak sangat shape yang cantik-cantik..tapi saya akan berusaha sedaya upaya untuk mencari yang terbaik..modal untuk membeli bunga telur biarlah murah, tetapi cantik dan berkualiti..saya suka membeli harga yang berpatutan dan berkualiti hasilnya..bak kata orang jangan membazir..saya pon buntu unrtuk memilih yang mana satu..tetapi saya akan berjajnji kepada semua, apabila sudah saya temui pilihan bunga telur yang cantik saya akan menguploadkan photo tersebut didalam blog ini..ok kalian semua..saya ada temu janji bersama bapa saudara untuk membeli bunga telur..apa-apa berita akan saya laporakn didalam blog ini..

sekian terima kasih,

Tuesday, January 13, 2009

serba sedikit hantaran perkahwinan







hi jumpa lagi kita bersama..maklum la,nak dekat menjelang hari perkahwinan..busy sikit..nie pun ada masa sekejap saja..itupun nak memberitahu tentang saya kepada anda..sini saya akan menyelitkan serba sedikit gambar-gambar barangan hantaran saya..tapi tidak sempurna lagi..nie la antara sample-sample nya..

sekian terima kasih,

Saturday, January 3, 2009

saat yang dinantikan akan tiba tidak lama lagi

assalamualaikum semua..
sekarang saya ingin ceritakan tentang ^persediaan^untuk ^perkahwinan^ saya..kami merancang untuk berlangsungkan majlis tersebut pada ^bulan jun 2009^..ibubapa pihak lelaki sudah bersetuju dengan rancangan kami ini..buat masa sekarang,saya agak sibuk dengan persiapan membeli barangan hantaran..warna tema yang akan dipilih mungkin gold dan krim..itu kehendak bapa sedara saya punya idea kerana dia akan membuat pelamin dan set bilik tidur pengantin..dia bukan mak andam tetapi kreatif bahagian seni..dia tidak menerima mana-mana tempahan,cuma sahaj mahu menolong antara keluarga sahaja..dulu sepupu saya kahwin,dia yang menggubah bilik tidur tersebut..nanti apabila semuanya sudah selesai,saya akan menguploadkan photo ke dalam blog ini..
doakanlah kami murah rezeki dan moga-moga panjang umur..

sekian terima kasih,

saya suka bershopping

hello semua..
nama saya zanahawanie..hidup saya tidak pernah lekang dengan budaya ^bershopping^..kadang kala saya bershopping sehinggakan membeli barangan yang tidak berfaedah..sesetengah golongan berkata budaya bershopping adalah membazir..tetapi,saya bershopping tahap sekadar membeli belah barangan keperluan sahaja..sesetengah golongan juga berpendapat bahawa bershopping adalah riadah..tetapi sebaliknya adalah membazir semata-mata..
sesetengah pihak berperangai ^mengikut orang^..apa yang orang beli dia beli juga,jika duit ada tak apa lah kalau hendak membeli..ini tidak,duit tak ada tetapi mahu beli..rela meminjam wang untuk mengikut orang..kalau kita tiada wang untuk membeli apa jua,tunggulah masa yang sesuai untuk membeli barangan tersebut..orang yang sabar akan di kasihi oleh ^Allah^..perbuatan yang meminjam sana sini agak tidak patut digalakkan..apabila kita mengamal amalan tersebut,sampai bila-bila kita membuat perbuatan tersebut..
sesetengah pihak dalam setahun sekali sahaja bershopping..ada juga setiap bulan..semua pendapat itu boleh kita lakukan apabila kita mempunyai wang yang banyak..
aksi riadah bershopping memang membuatkan diri kita gembira kerana keseronokkan berada di pusat membeli belah..sekarang terlalu banyak pusat membeli belah..dimana-mana sahaja kita akan menjumpainya..
barangan yang saya suka beli apabila bershopping adalah kasut,handbag,baju kurung,baju kebaya,seluar track,jam,gelang,swether,minyak wangi dan alatan solek..barangan tersebut banyak menggunakan wang,malah benda yang kita beli sedikit sahaja..harga-harganya amat-amat tinggi..
jadi kesimpulan bershopping adalah jangan membazir dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah..jiimat cermat amalan mulia..

sekian terima kasih

tentang menjaga hak gadis-gadis..

saya seorang perempuan yang dilamun cinta..tentu gadis-gadis diluar sana sebegini juga..tidak ada gadis normal yang tidak dilamun cinta ataupun tidak pernah menyukai seseorang lelaki..tapi kalau ada,saya tidak tahu la..buat masa sekarang,kalau jumpa sahaja gadis di kompleks membeli belah,mesti menjumpai pasangan serasi..sekarang ramai gadis yang bawah umur pun tahu bab ^bercinta^..kadang-kadang kanak-kanak berumur 9tahun sudah pandai bercinta antara satu sama lain..biasalah..dunia dah mewah..anak-anak kecik bercecah usia 9tahun pun sudah memakai telefon bimbit..saya tidak nafikan tentang hal ini..ada sesetengahnya sahaja..saya tidak berkata kesemuanya..ada yang terbabit sahaja..semua gadis akan cair dengan perkataan CINTA..itu adalah perkataan yang paling sensitif bagi gadis-gadis..percintaan bermula apabila kita mengenali antara satu sama lain..tetapi,jika ada yang tidak ada jodoh,kita tidak boleh berkata apa-apa tentang perkara sedemikian kerana bukan kita menentukan segala-galanya..yang menentunya adalah ^Allah^..manusia cuma merancang dan ^Allah^ akan menentukan segala-galanya dengan baik..jika tidak baik,itu adalah disebabkan ^Allah^ mahu menguji tahap kesabaran kita..
ramai gadis-gadis akan kecewa,putus asa dan sebagainya apabila putus pertalian sebagai kekasih..dan yang lebih teruknya apabila ada sedemikian akan membunuh dirinya sendiri kerana benda kecil iaitu putus percintaan..itu yang agak tidak baik la bila kita fikirkan..
jangan lah anda membuat perkara sedemikian..tidak elok diamalkan..dan kita akan berdosa..
kepada pelajar sekolah yang masih muda,janganlah anda bercinta seawal usia muda kerana akan menjejaskan tahap pemikiran untuk belajar..bila anda bercinta ketika sekolah,itu adalah salah satunya menganggu fikiran anda..
sekarang juga banyak berita-berita di television dan surat khabar tentang gadis seawal usia muda telah mengandung..macam mana sekarang boleh berlaku sedemikian..itu maknayan anda tidak reti menjaga dir dan ^DARA^ apabila keluar..kepada semua,anda nak ke jadi macam sesiapa yang mengandung bawah umur ataupun mencukupi umur,jika anda mengandung,siapakah ayah kepada kanak-kanak tersebut..anda tidak berasa malu apabila pelajar bawah umur mengandung..itu berita yang amat mengecewakan terhadap kanak-kanak dan gadis-gadis..
ini pesanan terakhir kepada semua gadis-gadis..janganlah anda membuat perkara yang tertutup..walaupun orang lain todak nampak,tetapi itu adalah berdosa dan ^Allah^ nampak..kita semua tak nampak ^Allah^ tetapi ^Allah^ melihat apa sahaja yang kita lakukan..itu dianggap berzina..ini adalah perkara yang paling berat sekali kepada kaum wanita..
perkara ini juga boleh dikatakan kita tidak sengaja membuatnya,tetapi macam mana anda boleh pergi bersiar-siar bersama teman lelaki anda..dan kepada gadis-gadis,jaga lah dirimu sebaik-baiknya..dan janganlah sesekali anda telah mencemarkan maruah diri dan keluarga..jika anda melakuakan perkara tersebut,anda juga tidak mempunyai ^DARA^..dara itu penting kepada gadis-gadis..jika gadis-gadis yang yang tidak menjaga daranya..maka dirinya akan dipulau oleh masyarakat..


sekian terima kasih,